Thursday 27 September 2012

lisa~jangan tenung lama-lama wajah nenek~


usah kauturut kata hatimu 
esok bukan milik kita sahaja
andai aku pergi dahulu

akan aku tinggalkan
sejarah suka duka kita berdua
dalam lipatan kedut di wajahmu

janganlah kaubermuram durja
pemergian aku pasti tiba
pintaku kausentiasa bersedia
telah tertulis di suratan kita
segala yang telah bermula
pasti ada akhirnya

kaupandanglah wajahku sepuasnya
mungkin esok telah tiada
setiap urat di wajah yang kaucinta
terlipat garis-garis sejarah kita
susah senang kita berdua
kita harungi bersama
andai terpisah jua akhirnya
kausimpanlah kenangan kita sebaiknya

kaulah wajah yang kucinta
peneman setiap nafas kita bersama
mengharung pahit getir tabah merona
menghuni teratak kecil yang kita bina
jika diberi peluang menentukan takdir kita
mahu diriku sehidup semati biarlah bersama
damainya mengharungi cinta 


sebuah anugerah paling berharga




No comments:

Post a Comment