Friday 17 August 2012

SALAM LEBARAN SELURUH DUNIA


Serumpun sebangsa
walau berpusar peredarannya
namun darah yang mengalir sama merahnya
sama pekatnya
tiada darjat mahupun kasta yang membeza
kita semua tetap hamba;
hamba Allah Yang Maha Esa
yang diberikan kesempatan olehNya
untuk bernafas akan jisim-jisim molekul udara yang sama
nikmat pemberian dariNya
Tuhan sekelian alam ciptaan - Nya.

Selamat menyambut lebaran walau di mana sahaja kita semua berada di pelusuk dunia.

ss/spl/pm ... 17/8/2012.



No comments:

Post a Comment