Monday 13 August 2012

BERIKANLAH AKU TANDA


Berikanlah aku satu tanda
di petala langit ianya bersabda
bercahaya indah tandanya cinta
menyentuh jiwa meruntun rasa.

Berikanlah aku satu bukti
di petala bumi ianya bersemi
mengalir larva cinta sejati
mengalun rindu berbunga suci.

Berikanlah aku satu episod
di petala laut ianya berpuput
mencakna mimpi kasih bertaut
menginjak resah kasih berpaut.

Berikanlah! ... kepadaku.

ss/spl/pm ... 13/8/2012.







No comments:

Post a Comment