Friday 20 July 2012

TITIAN HATIKU INI


Telah engkau lewati
dari hujung ke hujung
menguliti
setiap zarahnya,
menjarahi
tali temali belati
yang menjadi
pengikat setiap bucuannya
hingga terlerai
pasaknya
tersembam di tepian
tebing berdinding
berbatukan batuan zamrud
di lereng berkabut
melingkari
kerandut hatiku yang berparut.

Titian hatiku ini masih berdenyut sebelum hanyut.

ss/spl/pm ... 20/7/2012.



No comments:

Post a Comment