Friday 13 July 2012

TIADA GENTAR DI HATIKU


Biar kelu lidah terpisah
Biar lena diulit resah
Biar leka dilanda gelisah
Biar luka kakiku parah
Biar lencun badanku basah
Biar tajam pena kuasah
Melangkah tetap aku melangkah
Menyerah tidak aku berserah
Kalah tidak aku mengalah
Ketakutan tidak aku kehilangan arah
Selagi hidup berkalangkan tanah
Selagi nyawa berbadan zarah.

Lawan tetap akan aku melawan
Hingga ke titisan darahku yang terakhir
Perjuanganku tidak akan berakhir.

Ss/spl/pm ... 13/7/2012.


No comments:

Post a Comment