Tuesday 24 July 2012

TAK KIRA NAK BALIK RAYA ...GAK!


Hai! ... macam mana nak raya
kalau tiket bas dah tiada
baru hari pertama berpuasa
syarikat bas express dah keluarkan fatwanya;
tiket bas ke pantai timur, selatan dan utara
dah habis kuotanya
yang tinggal hanyalah ke barat daya
apa nak buat tunggulah pula bas tambahan jika ada
itupun jika ada - kata merekalah!!

Mak, abah, atuk, nenek
Ujang nak balik ...gak
tak kira, apa nak jadi jadilah
hatta naik sampan pun - akan Ujang redah
janji dapat Ujang balik
cuma minta-minta
jangan sampan terbalik sudah
tak sempat raya - dah jadi arwah.

Milah!! ... tunggu abang Ujang balik Milah oooooi!!!.

ss/spl/pm ... 21/7/2012.




No comments:

Post a Comment