Friday 6 July 2012

MARI DENGAR INI CERITA(VERSI LAGU ANITA SERAWAK)


Mari tuan puan dengar ini cerita
ada seorang perempuan suka bermuka-muka
dari satu akaun Fb dicipta
kini dia dah ada tiga akaun pula.

Nasib tak baik dua dah diketahui semua

satu akaunnya tentang seorang perempuan tua
berbongkok sabut gambaran akaun profilnya
dihormati kerana pengalamannya
dalam memberi nasihat dialah orangnya.

Akaun ke dua pula seorang wanita pertengahan usia
cantik parasnya suka berbalas puisi juga
pantang tersentuh hatinya mantera pasti tercipta
ada juga yang sampai nak potong kepala.

Kedua-dua akaunnya terkantoi dalam satu acara
kononnya tengah diapresiasi karya ciptaannya
bila ada seorang yang lurus bendul bertanya
kenapa tak pakai akaun yang si perempuan tua.

Terus dihapus komen yang membuka pekungnya
lantas ditegur supaya berhati-hati bila berbicara
terkedu si perempuan tadi yang berangkara
tidak sangka kegatalan jarinya telah membuka rahsia.

Nak jadi cerita kecoh jadinya
dari malam apresiasi karya jadi sesi soal jawap pula
puas menepis pertanyaan yang ditanya semua
sehinggakan dia hanya termampu menjawap "biasalah" sahaja.

Ha ha ha ha ... aku tergelak sakan bagai nak gila
membaca komen dan soalan yang ditanya padanya
sampai terlupa nak membuat salinan cerita
kalau tidak pasti indah nak dicerita pada semua.

Cuma yang aku nak cerita pasal akaun ke tiganya
menurut yang aku tahu akaunnya tentang seorang gadis remaja
polos dan jongos tak tahu apa-apa, konon lagaknya
berlakon baik cuma mendiamkan diri sahaja.

Wah panjang juga cerita yang aku karang ini ya!
Tak sangka pula jariku ligat berkarya
rasanya cukuplah apa yang dapat aku kongsi bersama
cuma nak ingatkan berhati-hatilah dengan akaun ke tiganya
yang aku sendiri belum pasti siapa gerangannya.

Hik hik hik ... berhati-hati di Kota Singa.

ss/spl/pm ... 6/7/2012.

No comments:

Post a Comment