Friday 27 July 2012

JAM 9.45 PAGI, HARI KE ENAM


Di sini
jam 9.45 minit pagi
aku berada di sini
di lereng tasik menghijau - airnya berkali
bersama selaras joran di sisi
menikmati keindahan alam Ilahi
mencuba-cuba nasibku ini
mengail sang raja tasik ... haruan dan keli,
toman barangkali -
penghuni lubuk di tasik yang damai ini
yang menjadi dambaan di hati
sambil merehatkan diri
menikmati dan mensyukuri rahmat kurniaan Ilahi
minda dibasahi.

Hari ke enam ... Ramadhan yang suci.

ss/spl/pm ... 26/7/2012.


No comments:

Post a Comment