Monday 18 June 2012

TEMBOK INI


Tembok batu ini
berkisarkan tentang kehidupan
terhad ruangan
mencakar keresahan
mencarik kerinduan
bersarangnya kezaliman.

Semalaman

tembok ini hilang dari pandangan
yang ada hanyalah kegelapan
memesongkan mata berpermandangan
minda menatap bagaikan tiada sempadan kerinduan
kau dan aku dibelai bayu percintaan.

Namun hari ini
tembok ini muncul dalam penglihatan
teguh tersergam tiada keretakan
zalimnya memasung hati dan perasaan
menampar keegoan kenangan indah semalaman
kau dan aku tetap ada jurang memisahkan.

Terpenjara cinta berhalangan tembok kehidupan.

ss/spl/pm ... 16/6/2012.

No comments:

Post a Comment