Monday 18 June 2012

SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH


Jauh semakin jauh
semakin hari semakin berjauhan
terasa ada sesuatu
yang menghalang perhubungan
kau dan aku
kini semakin berjauhan.

Mungkinkah hanya permainan fikiran

yang berbicara tentang taufan
menghembus kencang tidak tertahan
taufan membadai tiada haluan
tercicir akukah atau engkau
ketinggalan
di pinggiran kebingungan.

Sapaan demi sapaan
tiada berbalas setiap bingkisan
menyeru aku dari kejauhan
mencari sirna dari kegelapan
namun kedukaan
bersarang di gobok kerinduan
menyesakkan
dan melemaskan pemikiran
kau dan aku
masih leka dalam persembunyian.

Kau dan aku semakin hari semakin berjauhan.

ss/spl/pm ... 16/6/2012.

No comments:

Post a Comment