Saturday 30 June 2012

SATIRA HATI


Cuba kamu buka gobok dan laci kamu ini
Di sebelahnya tersergam indah almari bersendi
Dan kamu cari apa yang ada di dalamnya nanti
Mana tahu akan terjumpa apa yang kamu cari
Kerana gobokmu ini tidak pernah berkunci
Memang tidak pernah walaupun sehari
Memang tidak pernah dikunci walaupun sekali.

Terkangkang pintunya amat luas sekali
Mungkin ada toyol yang menjadi penghuni
Mencuri wang kamu berguni-guni
Tanpa kamu waspada dan berhati-hati
ada yang sembunyi dan tersembunyi
ada yang tersembunyi dan disembunyi
di dalam gobok dan laci almari tempat ianya bersembunyi.

Ataupun kamu lihat di dalam kocek kamu sendiri
Mana tahu tiris kantung sakumu, tirisnya di tepi
Yang kamu selitkan wang kamu secara sembunyi
Tanpa disedari dan tiada siapa yang menyedari
Sebelum kamu meminta-minta diberikannya lagi
Kerana sifat haloba kamu yang tidak terpuji
Dan sikap kikir kamu sendiri yang penuh iri dan hasad dengki.

Eh! ... cuba kamu lihat pula di dalam coli
Mana tahu ada daki yang berdaki tidak tercuci.

Ss/spl/pm ... 26/6/2012.
(sifat dan sikap suka memfitnah, menuduh, tamak haloba dan tidak pernah puas apa yang dimiliki)

No comments:

Post a Comment