Saturday 23 June 2012

PANAHAN ASMARA BERGELORA


Untukmu sayang
akan kupintal buih di lautan
akan kugulung ombak mengganang
akan kupuing pusaran taufan
dan kubusurkan halilintar menggila
agar membadai pantai hatimu
bersama panahan asmara cintaku
yang bergelora dan bergempita
seisi penghuni langit dan buminya
gunung dan ganangnya
lurah dan landainya
dipijak gegarannya
tidak akan dirasai sesiapa
digenggam baranya
tidak juga akan dirasai oleh sesiapa
akan bahangnya
hanya engkau dan aku
kita berdua
yang akan merasai geloranya
sebuah panahan asmara yang bergelora hebat di dada ... ada cinta.

ss/spl/pm ... 23/6/2012.

No comments:

Post a Comment