Saturday 16 June 2012

NASIHAT UNTUK DIRIKU


Terngiang-ngiang lagi di telingaku
kata-kata dari seorang tua yang bijaksana
walau dah lama masa berlalu
tapi masih berbisa di benak kepalaku.

Katanya suatu ketika dahulu

di masa ubun-ubun kepalaku lembut dibelai manja diriku
kalau seseorang yang berbuat kesalahan selalu
pasti dirinya kepanasan suhu badan mencapai darjahnya seribu
ibarat anjing takutkan bayangan bayang-bayangnya
yang menghantui di belakangnya yang kelabu.

Mula rimas dan cuak rasa di hatinya
apabila terlihat sesuatu yang dia rasakan curiga
takut orang bercerita tentang dosa-dosanya
bagai dijaja di sekeliling pulau dan pura
menunggu masa untuk mendedahkan segala cerita.

Dengan kecelaruan apa yang ada di minda
mulalah dia mengugut akan mangsa-mangsanya
jangan sampai ketahuan oleh sesiapa
kalau tidak nahas jadinya dikerjakan oleh konco-konconya.

Tapi dia tak sedar
dengan segala ugutan dan kecelaruan yang ada
hanya mendedahkan keburukan dirinya
sedar tak sedar pekong yang ada di dada
tersingkap sendiri oleh tangannya yang bernoda.

Jadi ingatlah wahai cucuku
janganlah jadi seperti itu
berbuatlah kebaikan sebanyaknya olehmu
janganlah celaru yang dijadikan sekutu
kelak dirimu sendiri yang jadi seteru utamamu
sehingga jadilah kamu seumpama anjing itu
yang takut pada bayang-bayangnya yang kelabu.

Marilah teman-teman dan saudara saudariku
tingkatkan keimanan dan janganlah sesekali mengonarkan dirimu.

ss/spl/pm ... 16/6/2012.

No comments:

Post a Comment