Saturday 30 June 2012

MAIN-MAIN LATAH


Cuit mencuit amalan mulia
Ehh ... silap!

Hormat menghormati amalan mulia,

Usik mengusik mengukuhkan ikatan;
Kasih mengasihi sesama kita,
Kemakmuran dikecapi kerukunan persahabatan.

Hidup berjiran tingkatkan muafakat,
Kenal mengenali sesama saudara;
Pesan berpesan amalan bermasyarakat,
Kedamaian dikecapi kehidupan terpelihara.

Ekk! ... main cuit-cuit ya!
Kan dah melatah ni ... hik hik hik.

ss/spl/pm ... 25/6/2012.

No comments:

Post a Comment