Tuesday 19 June 2012

KURIK KENDI MERAH SAGA

Pantun Dalam Puisi tentang ANU dalam kamus DBP
Pusat Rujukan Persuratan Melayu(PRPM)


Kurik Kundi Merah Saga


Akan beratap daun keladi,

Membuat junjung di tepi paya;
Tunang si anu tidak menjadi,
Bolehkah saya ikut bersama.

Kurik Kundi Merah Saga

Tidak jadi padi Terengganu,
Burung kuang berintik-rintik;
Tidak jadi dengan si anu,
Air Pahang balik mudik.

Kurik Kundi Merah Saga

Tidak jadi padi Terengganu,
Anak denak berkawan tiga;
Tak jadi dengan cik anu,
Hari besok berbesan juga.

Kurik Kundi Merah Saga

Lemak ketam di Ulu Terengganu,
Lagi lemak lagi bertelur;
Saya berpesan abang si anu,
Saya tiada berteman tidur.

ALAMAT RUJUKANNYA PERKONGSIAN INI

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anu&d=6

No comments:

Post a Comment