Tuesday 19 June 2012

KUIH TALAM DI DALAM TALAM


(Pantun Dalam Puisi)

Kuih talam di dalam talam♥

Jalan-jalan pusing Malaysia,
singgah sebentar di Shah Alam;
seiring jalan sesama manusia,
jauhkanlah dari bersifat pualam.

Kuih talam di dalam talam♥

Jalan-jalan sambil beriringan,
mata meliar mencari ilham;
telah kuberikan satu peringatan,
janganlah bersifat si muka talam.

Kuih talam di dalam talam♥

Jalan-jalan sekeliling kampung,
ternampak pula mempelam nangka;
saling percaya titik bersambung,
elakkan dari talam bermuka.

Kuih talam di dalam talam♥

Jalan-jalan pusing Setiawan,
berjalan malam kelilingi pura;
marilah teman marilah kawan,
kuih talam menjamu selera.

Kuih talam di dalam talam♥

ss/spl/pm ... 19/6/2012.

No comments:

Post a Comment