Saturday 30 June 2012

KEHANGATAN TERCEMAR


Perlawanan semalam ada keanehannya
Bila penyokong bersorak sakan semahu hati mereka
Ada yang terpekik dan terlolong bersuara
Menyorak memanggil pasukan yang dipujanya.

Italy ... Italy ... Italy ... ,

laungan mereka
Bergema di stadium dan juga di warung mamak kaki lima
Mengimarahkan suasana Euro 2012 di kaca TV ketika penalti ditonton oleh semua.

Tak kurang hebatnya penyokong England melaungkan sokongannya
Apabila Wayne Rooney mengambil sepakannya
Bagai nak tercabut gegendang telinga gamatnya
suara penyokong yang menggila.

Tapi tiba-tiba suasana bening seketika
Keheningan subuh mula mengambil tempatnya
Rasa nak dibaling kerusi dan meja rasanya
Dalam riuhnya sorakkan ada yang hendak cari pasal pula.

Ada ke patut ... M.U ... M.U ... M.U ... ,
yang dilaungkannya.

Ss/spl/pm ... 25/6/2012.

No comments:

Post a Comment