Friday 15 June 2012

HADIAH PEMBELAJARAN


Hari ini
aku dapat satu hadiah
hadiah sebuah pembelajaran
yang paling bermakna
tentang falsafah kemanusiaan
dari seorang gadis
yang tidak aku menyangkakan
akan menerima
sebuah kata-kata indah sedemikian.

Sebuah kata-kata indah
yang belum pernah aku terima
sebelum ini dan selama ini
sehinggakan aku
termenung menjauh bersendirian
dan merenungi
akan kebenarannya
sebuah kata-kata berenungan.

Katanya! ...
biarlah orang lihat
kita gila terang-terangan
dari tersorok
dan terbuka gilanya
di hari kemudian
hingga tercaci mereka
tidak tertahankan
oleh perbuatan kita sendiri
yang berpura-pura menunjukkan kebaikan.

Biarlah dirinya
dengan caranya sendiri
berkongsi seni sambil
menunjukkan
lurah dendamnya
yang paling menggiurkan
dari bersembunyi
hanya ketahuan di dalam inbox kegatalan.

Ada benarnya ... maksud yang cuba disampaikan.

ss/spl/pm ... 15/6/2012.

No comments:

Post a Comment