Monday 28 May 2012

Ziarah Cinta


Episod lalu
menyimpan memori terindah
terlalu indah untuk diingati
kisah dua jiwa
disirami bunga-bunga cinta
harum dan mekar
menghiasi dua halaman hati
memukau mempesona
menjadi igauan
sepanjang masa
hari ini
aku luangkan masa
menziarahi laman cintaku
buat pengubat duka
rindu yang menyeka dada
moga terubat adanya
cintaku selamanya.

~~LK~~

No comments:

Post a Comment