Thursday 24 May 2012

SEBARKANLAH KEINDAHAN CINTA ILAHI


Berkasih sayang
ibarat membajak tanah
dan berbakti di muka bumi
yang dibekalkan dan dipinjamkan Ilahi
kepada semua insan hambaNya
yang Dia kasihi
kerana itulah dibekalkanNya
dengan perasaan kasih dan sayang
serta taqwa
buat kita berkasih sayang sesama insan manusia
dan elakkanlah dari terjerumus persengketaan
yang tidak menguntungkan sesiapa
dan apabila kita berbakti kepada bumi
tanahnya kita kerjakan
tanahnya kita bajakan
tanahnya kita kasihi
sepenuh kasih dan sayang
dan dengan sepenuhnya rasa kesyukuran
tawaduk kepada pemberian
Ilahi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mengasihi
maka dengan semulajadinya
maka dengan sempurnanya
kita telah pun berbakti kepada Ilahi
kerna bila kita berkasih sayang
dengan redhoNya Ilahi
kita juga telah mengasihi Ilahi
Tuhan yang menciptakan manusia
dari segumpal darah dan air yang hina
untuk kita kasih mengasihi
di atas izin namaNya.

Renungkanlah kita wahai insan
yang bernama manusia.

ss/spl/pm ... 22/5/2012.

No comments:

Post a Comment