Sunday 27 May 2012

QASEH FARA DALAM INGATAN

Takziah buat keluarga almarhumah Qaseh Fara...

Sayu hati abang dik
menatap dinding fbmu
apabila membaca
satu persatu
lembaran demi lembaran
ucapan takziah
diiringi doa dan surah Yasin
serta sedekah Al-Fatihah
yang bertalu-talu
dari semua teman-temanmu
yang rata-ratanya
amat menyayangimu
amat mengasihimu
dan amat menyintaimu
seikhlas-ikhlasnya
di hati mereka.

Dik Fara
permergianmu
satu kehilangan buat kami semua
yang amat menghormati
dan merindui
bingkisan-bingkisan wardah darimu
yang engkau jamu
setiap hari tanpa jemu
buat kami teman-temanmu
termasuklah aku
yang engkau panggil ... abang.

Sekalung doa
dan iringan Al-Fatihah
yang mampu
abang sedekahkan
buat bekalan rohmu
ke alam barzakh.

Al-fatihah ... .

(Dik ... abang amat merasai kehilanganmu)

ss/spl/pm ... 27/5/2012.
 
 
 

No comments:

Post a Comment