Monday 21 May 2012

MENITI ALAM BARZAKH NANTI


Kadang-kadang tersentuh di dalam hati
semakin hari usia tua semakin menyapa sepi
meniti hari dengan kelesuan diri
mencari erti
dalam melayari kehidupan sehari-hari
adakah cukup amalan aku ini
sebagai bekalan untuk apa yang bakal aku hadapi
segala pertanyaan dan soalan di alam barzakh nanti.

SIAPA TUHAN KAMU?


Pasti akan aku dapat jawap nanti

Allah Tuhanku yang Maha Pengasihi
tetapi ... ,
benarkah aku benar-benar menghambakan diriku ini
pada Tuhan yang aku kata ... aku sayangi.

SIAPA RASUL DAN PENGHULU KAMU?


Muhamad SAW ... Rasul yang aku sanjungi

dan penghulu yang aku kasihi
tapi benarkah aku sayangi Muhamad SAW kekasih Ilahi
sedangkan sunahnya ada yang aku lewati
dan aku biarkan menyepi.

APA AGAMA KAMU YANG KAMU ANUTI?


Pastinyalah Islam agamaku yang aku jawap sekali lagi

tetapi benarkah aku seorang Islam di muka bumi
sedangkan segala seruan Islam tidak aku penuhi
hanya mampu melihat saudara seislamku terus-terusan disakiti
oleh penjarah-penjarah yahudi di bumi Palestin tanah yang amat Nabi kasihi
menitis darah mereka satu persatu di muka bumi tidak tertadahi.

APAKAH PEGANGAN QALAM YANG KAMU IKUTI?


Al-Quran Qalammullah yang aku junjungi

dan akan aku katakan ... sebagai pendamping diri
tetapi hakikatnya ... jauh panggang dari api
Qalammullah yang aku kata aku sanjungi
aku selalu pandang sepi
Qalam dari Ilahi aku tolak tepi
dan aku biarkan berlapuk di dalam almari berkunci.

Inilah kenyataannya yang harus aku hadapi

soalan-soalan utama yang aku geruni
di alam barzakh nanti
adakah mampu untuk aku hadapi.

Ya Allah ... ampunkanlah kelalaian diri hambaMu ini

dan janganlah Kau biarkan kegelapan
menyelimuti aku lagi.


Amin Allahhuma Amin.

ss/spl/pm ... 21/5/2012.

No comments:

Post a Comment