Wednesday 30 May 2012

Kenyataan Di Alam Maya

Cerpen bersiri bab 1

Kenyataan Di Alam Maya:


Kadang-kadang aku tertanya-tanya kepada diri aku ini...setelah seharian aku kepenatan dalam melayari halaman alam maya ini yang adakalanya bagiku ada kekejamannya yang tersembunyi melingkari ke
seronokan ini...aku terhenti sejenak di sini dan meraba-raba dalam kesunyian dan kepekatan malam yang amat sunyi...mencari satu jawapan yang aku sendiri tak pasti...apakah jawapannya dari soalan ini... ,

Apakah yang aku dapat dari kelekaan aku melayari keasyikan yang sementara ini?

Entahlah...itulah jawapan dariku dengan persoalan ini...aku sendiri masih lagi mencari-cari akan jawapannya...keseronokkan yang aku rasai kadang-kadang lenyap dengan sendirinya bila angin malam menyapa kesunyian ini... .

Marilah kita lihat akan paparan aku kali ini dengan tajuknya KENYATAAN DI ALAM MAYA.

Johan selalu menghabiskan masanya dengan melayari halaman mukabuku untuk melepaskan lelah dan kerunsingan diri akan rumah tangganya yang semakin meruncing akibat kurangnya kesefahaman di antara dia dan isterinya yang semakin hari semakin hilang rasa kasih sayang antara mereka... .

Isterinya Zubaidah terlalu kerap menyakitkan hatinya dengan kerenah yang tidak memahami keletihan tugasan seharian di pejabat yang semakin hari semakin menimbun...bila pulang sahaja ke rumah apa yang diharapkan oleh Johan adalah ketenangan bukannya keributan yang semakin mencengkam hatinya...Zubaidah pula asyik dan suka berleter...meleterinya kerana sering pulang lewat ke rumah jam 8 malam akibat tugasan yang harus diselesaikan pada hari itu juga...bukan ianya disengajakan...lagi pula dengan kesibukan lalu lintas yang bukannya Zubaidah tidak tahu malahan boleh ditatap dan didengari dari corong radio dan kaca tv setiap hari... alasan itu semua Zubaidah tolak tepi...alasan yang sering diberi oleh Johan tidak diterima dan kerana itu sering kali mereka bertelagah hingga mendatangkan pergaduhan yang berpanjangan...dan akhirnya mereka tidur berasingan walaupun masih hidup sebumbung... .

Anak-anak mereka semakin hari semakin menjauh dari kehidupan mereka...makan malam anak-anak terpaksa mereka usahakan sendiri kerana setelah ibu dan bapa mereka bertengkar pastinya ibu mereka akan mengunci diri di dalam kamar tidur dan tidak menghiraukan mereka lagi...makan atau tidak mereka tidak dipedulikan inikan pula makan minum bapa mereka...yang pastinya akan tidur dalam kepenatan dan kelaparan saban malam.

Dan kerana itu setelah usai menatap kerja sekolah anak-anaknya, Johan akan mengunci diri di dalam biliknya sambil melayari halaman alam maya sehingga waktu dini hari...baginya kesepian dan kerunsingan dirinya akan hilang apabila dapat berseloroh dan bergurau senda dengan teman-teman alam mayanya...yang rata-ratanya amat terhibur dengan keletah gila-gilanya apabila bergurau senda dengan mereka... ,

Dan ada ketikanya Johan akan meluahkan rasa yang terbuku di dalam dadanya kepada rakan-rakan yang dia boleh percayai terutamanya Murad yang sering memberikan kata-kata semangat kepada dirinya agar mampu bertenang dalam menghadapi krisis rumah tangga antara dia dan isterinya Zubaidah...apa sahaja masaalahnya dan apa sahaja persoalan tentang pertengkaran mereka suami isteri maka Muradlah yang akan dicarinya untuk meluahkan rasa di hati bagi melepaskan kerunsingan yang semakin menghimpit diri, jiwa dan sanubarinya... .

Murad pula akan menasihatkan Johan seadanya yang dia mampu...kerana dirinya sendiri adalah duda kematian isteri dan hidup kesunyian tiada teman menemani...jadi Johanlah sahabatnya yang selalu menemani kesunyian dirinya sendiri yang saban malam tanpa jemu untuk bertanyakan tentang kehidupannya selain meluahkan masaalah peribadi... ,

“ Johan...sabarlah...ada hikmahnya jika kita bersabar sentiasa...percayalah kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui...ada rancanganNya dengan ujian yang Dia beri kepadamu sahabatku” ujar Murad setiap kali Johan meluahkan masaalahnya kepada dia... .

Air yang tenang rupanya ada pemangsa yang sedang menanti...kepercayaan yang amat mendalam Johan kepada Murad rupanya ada geruh yang sedang menghampiri...orang yang disangkanya sahabat baik...rupanya akan menikam dirinya dari belakang... .

Tunggulah sambungannya dalam bab yang ke dua nanti... .
 
ss/spl/pm ... 30/5/2012.
 
 

No comments:

Post a Comment