Sunday 13 May 2012

KECANTIKAN DIRI KECANTIKAN PERIBADI

contoh untuk pertandingan mencipta puisi

THMK 1
Tajuk: KECANTIKAN DIRI KECANTIKAN PERIBADI
Oleh: Sazalee Sulaiman
Tarikh: 13-Mei-2012.

Walau letih
walau penat
walau bingung
senyumlah kamu
sebisa-bisa
dan seboleh-bolehnya kamu
kerana dengan senyuman
bisa menawar segala keletihan
kerana dengan senyuman
bisa melerai segala kekusutan
kerana dengan senyuman juga
yang kelam akan jadi terang
yang keruh akan jadi jernih
yang berseteru akan bisa saling menyayangi
kasih mengasihi
maaf memaafi sesama kita
dengan tenang sekali
dengan ikhlas di hati dan sanubari.

Jadi senyumlah kamu
kerana ada rahsia di sebalik rahsia senyuman
ada azimat di sebalik azimat senyuman
ada nikmat di sebalik sebuah kenikmatan senyuman
yang sentiasa menghiasi
kecantikan diri
dan juga ... kecantikan peribadi.

Senyumanku kukuntumkan dengan keikhlasan
untuk temanku ... untuk sahabatku ... untuk saudara-saudariku
senyumanku untuk semua ... muahhhhhhsssss.


No comments:

Post a Comment