Friday 18 May 2012

HATIKU


Aku lakarkan selembar kasihku
aku nukilkan selautan buih sayangku
aku nafikan resah hatiku
aku nafikan kelukaan cintaku
hasrat hatiku ingin bersatu di dalam pelamin rindu
yang kian terkulai kaku dibadai semu
kaku dirundung taufan sebu
kaku dan pastinya layu tidak akan bisa bersatu
hanya pahit bak hempedu kukatakan madu
pahit bak hempedu kian menancap pilu
destinasi rindu bertukar sayu
destinasi rindu bertukar bunga yang layu
pilu dan sendu telah merampas rinduku
di dermaga sayu bermegakan kelabu rawan hatiku.


ss/spl/pm ... 18/5/2012.


No comments:

Post a Comment