Friday 25 May 2012

BERTEMANKAN NESCAFE DAN CCTV


Nescafe segelas
rokok di muncung
telefon bimbit di atas meja
jejari di komputer riba
mata di skrin CCTV
sambil melayari FB kegemaranku.

Itulah rutin harian
di waktu malam-malam sunyiku
mencari sesuatu yang tersembunyi
di sebalik yang kelihatan
dan juga yang tidak kelihatan
ada juga yang tidak dapat terlihat dengan mata kasar
melintas di hadapan skrin monitor
yang bisa mendatangkan tegaknya si bulu roma
akan gelagat ia merayau-rayau
di sekeliling premis kawalan seliaku
bagai ingin mengumumkan keujudannya di situ.

Tapi semuanya
telah menjadi asam garam
dalam tugas seharianku
alah bisa tegalnya telah terbiasa
aku sendiri yang memilih
untuk bertugas seperti sebegini
di malam hari bertemankan sunyi dan sepi
jadinya telah menjadi tanggungjawabku
untuk melaksanakan amanah yang telah diberi
dengan sepenuh kerelaan dan kesyukuran.

Orang bersenang lenang di hadapan skrin tv
di waktu malam sebegini
malam Jumaat pula tu
tapi aku masih lagi di sini
bertemankan sunyi dan skrin CCTV.

Ada kerja adalah gajinya.

ss/spl/pm ... 25/5/2012.

No comments:

Post a Comment