Monday 28 May 2012

BERKASIH SAYANGLAH DI ATAS NAMA ALLAH


Salam sayang salam rindu
salam kasih salam cinta
kepada semua
yang bernama kekasih
yang berkasih sayang dengan restuNya
restuNya Ilahi yang Maha Suci
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
yang mengizinkan hambaNya untuk berkasih sayang
bila dititipkanNya roh suci berkasih sayang
di dalam segumpal darah yang dinamakan hati
untuk kita sentiasa menyemai kasih yang suci
sesama kita insan ... insani
manusia-manusia hamba cipataanNya
dengan niat suci atas namaNya
dan juga lafas suci di atas namaNya
iaitu Allah yang Maha Mengetahui
akan apa yang kita cuba sembunyikan
dari tatapan mata semua.

Berkasih sayanglah dengan restu dariNya.

ss/spl/pm ... 28/5/2012.

No comments:

Post a Comment