Monday 9 April 2012

MENSYUKURI NIKMAT ILLAHI




Di pantai ini aku berdiri
menyepi dalam mengecapi
keindahan dan kesucian
ciptaan dan kurniaan
dariMu Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
kurniaan pemberian kasih dan sayangMu
kepada hamba-hambaMu yang Engkau kasihi.


Dan semuga diri aku ini
tergolong di dalam kalangan hamba-hambaMu
yang mensyukuri nikmat kurniaanMu.


Amin, amin, amin...Yarabal'alamin.


ssz/spl/pm...09/4/2012.



No comments:

Post a Comment