Thursday 19 April 2012

HALILINTAR DI JIWA KETANDUSAN




Bagaikan halilintar
sabung menyabung di angkasa
memukul dinding langit
dengan pancaran kilat yang maha hebat
sehebat pancaran maha dewata
memancar terus di atas batu jemala.


Percikan demi percikan
mendatangkan resah...rawan di fikiran
mungkinkan ini satu dugaan
atau hanya sekadar mainan perasaan
datangnya halilintar
membadai jiwa yang sedang ketandusan.


Ketandusan cinta dan belaian...kasih sayang.

ssz/spl/pm...19/4/2012.




No comments:

Post a Comment