Monday 23 April 2012

SETITIS AIRMATA LELAKI II

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Selamat pagi kepada semua teman-temanku dan sahabat-sahabatku sekelian...mmm...penyakit susah nak lelapkan mataku dah mula kembali...hendak pula apabila kepala otakku ini ligat berpusing dan berbicara...berbicara tentang tidak kepuasan hatiku...berbicara tentang tidak mempunyai kefahaman fikiran di minda pembaca-pembaca karyaku...berbicara tentang keegoan seseorang lelaki dan juga berbicara tentang penipuan di kalangan sesetengah lelaki.

Bermulanya tidak kepuasan hatiku ini apabila ada seorang wanita ini(bukan semua) tapi 'seorang' yang tidak dapat membezakan tentang 'ego' dan 'penipuan' di dalam karyaku yang bertajuk SETITIS AIRMATA LELAKI...mungkin akan ada yang tersinggung dengan kata-kataku ini dan mungkin ada yang akan rasa marah akan apa yang akan aku sebutkan nanti di dalam luahan hatiku ini...tapi bagiku biarkanlah...nak marah pun bacalah dahulu luahan hatiku ini lepas tu buatlah kesimpulan masing-masing...nak 'like' ok...tak nak 'like' pun ok...nak putuskan sahabat dengan aku pun tak apa...silakanlah.

Tolonglah...tolonglah pahami apa maksud 'ego' lelaki dan 'penipuan' lelaki...Ya...! Apabila aku sebutkan seorang lelaki akan menyorokkan airmatanya dari pengetahuan umum di dalam karyaku itu...ya itulah keegoan...di mana seorang lelaki akan cuba sedaya upaya untuk menyorokkan tangisan di matanya...tapi jika dikatakan seorang lelaki hanya berpura-pura menangis...itu adalah penipuan...HELO!...itu seorang yang menipu...buat-buat menangis untuk menipu seseorang dengan tangisan di matanya...dan aku akui...aku juga akan menjadi seorang yang 'ego' jika ada orang menyamakan tentang perkara keegoan seorang lelaki dengan penipuan yang dilakukan dengan tangisan...suka juga aku ingatkan di sini...tidak semua lelaki yang suka menipu hanya segelintir sahaja...sama juga dengan wanita ataupun perempuan...senjata yang digunakan adalah tangisan untuk melenturkan semangat lelaki...di mana mereka tahu dengan tangisan mereka akan mencairkan kekerasan hati seorang lelaki.

Aku telah akui pada permulaan komen bersama dengan wanita ini(akhirnya dia blok aku) bila aku mula mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap dibaca olehnya...bukan apa...aku cuma minta dihormati akan nukilan aku dan sebagai nukilan aku...itu bermakna aku sebagai tuan rumahnya...dan dia sebagai tetamu yang tidak diundang...masuk tidak memberi salam tiba-tiba histeria melanda mengatakan dalam nukilan aku tentang egoisnya lelaki...di mana kata-katanya...lelaki hanya menangis untuk menipu....daaaaah...terang-terang di situ...dia katakan lelaki menangis untuk menipu...kenapa pula disamakan penipu dengan ego...dan dengan otomatiknya ego aku pula yang sampai...ingin mempertahankan maruah seorang lelaki yang cuba menyembunyikan airmatanya dari pandangan semua...itu ego bukan penipu...di mana seorang lelaki tidak akan menagis di hadapan khalayak ramai untuk tidak menunjukkan kelemahannya.

Ahhhh...! Pada semua wanita di luar sana...maaf jika aku berkata-kata di sini...TIDAK SEMUA LELAKI YANG BAIK dan juga TIDAK SEMUA WANITA JUGA YANG TERBAIK...jika ada masaalah dengan suami kamu masing-masing selesaikanlah dengan suami kamu sendiri...jangan masuk ke ruangan nukilan orang lain dan menyuarakan rasa ketidak puasan hati kamu di situ...jangan kerana suami kamu membuat onar dan berangkara sehingga semua lelaki di dalam dunia ini kamu samakan dengan suami kamu yang tidak ada rasa bertanggung jawab kepada diri kamu dan keluarga.

Ingatlah(kalau saya salah tolong betulkan ya...sebab saya bukanlah pandai sangat...benda ini saya ingat-ingat lupa...maklumlah dah lama tak ke sekolah...dah lebih 25 tahun dah)...

Bahawasanya seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW...kenapa Nabi mengatakan yang penghuni neraka nanti adalah kebanyakannya adalah wanita...

jawab Nabi Muhamad SAW..." kerana ramainya wanita di dalam neraka jahanam nanti adalah kerana si isteri yang tidak redha apa yang diberikan oleh suaminya...sentiasa merungut dan mencaci maki suaminya...mengumpat dan membuka aib suaminya ke pengetahuan semua...dah hanya itu yang termampu itulah yang diberi oleh seorang suami..."

"Dan jika seorang suami itu tidak berlaku adil kepada isterinya contohnya berpoya-poya dengan perempuan lain dan menafikan hak isterinya yang sah sehingga si isteri berlaku curang terhadapnya...dan tidak bisa mengambil tindakan menghalang kemungkaran si isteri akibat perbuatannya sendiri(dayus)...si suamilah yang akan menanggung dosa-dosa si isteri dan suamilah yang akan dipanggang di dalam api neraka"...jika salah betulkan saya ya...saya dah beritahu tadi.

So...maksud saya ialah...tak perlulah kita luahkan masaalah rumah tangga dan menyalahkan semua lelaki jika kita bermasaalah di dalam kehidupan sesebuah rumahtangga...ini ingatan untuk semua...baik lelaki ataupun wanita...jangan kita mengganggu ketenteraman orang lain...nak pula ketenteraman tuan rumah seperti saya....

HAAAAAAAAAH...! Puas hati saya...dapat melepaskan apa yang ada di dalam dada dan benak fikiran saya...dan rasanya lepas ni dah tak boleh tidur lagi dah rasanya...baik tunggu azan subuh dari tidur takut tak terjaga pula seruan dari Allah SWT...amiennnnnn.

Ingatlah sekali lagi ya...hormatlah orang lain nak pula 'tuan punya rumah'...kalau kita hendak dihormati pula sebagai seorang tetamu.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.

p/s:
Ada sesiapa nak buang saya dari senarai kawan dia...silakanlah ya...nak like...likelah kalau tak nak like tu pun terpulanglah saya tak memaksa...kerana ini hanyalah luahan hati saya sahaja...Bye jumpa lagi...
Oh ya...sesiapa nak komen sama silakanlah ya...saya tak akan membalas komennya...takut nanti ada pula yang terasa hati...buatlah seperti rumah masing-masing...air dah tersedia dalam peti ais tu...ambillah sendiri...amin.




No comments:

Post a Comment