Tuesday 17 April 2012

ANAK IKAN OHHH...! ANAK IKAN


Anak ikan di tali air
senang hatinya dapat berenang
sebebas dengan semahu hatinya
ke hulu ke hilir mudiknya...bergilir-gilir
mencari keindahan panji semilir
agar lidahmya tidak terjelir
ditangguk si ratu sihir.

Anak ikan
di kotaraya pula
banyak bernama pelbagai gaya
dan paras rupa
ada yang tampan
ada juga yang gigi ke depan
tapi apa nak dikira
cukuplah
dengan hanya berbekal badan yang sasa
paras rupa belakang cerita
janji hebat di atas ranjang sana.

Anak ikan kini amat berharga
jadi rebutan si mata keranjang yang gila
dahulu pemuas nafsu mak datin yang ternama
kini pemuas nafsu sesiapa sahaja yang mempunyai harta.

Anak ikan ohhh....! Anak ikan.

ssz/spl/pm...17/4/2012.






No comments:

Post a Comment