Saturday 21 April 2012

AKU PERLUKAN KEDAMAIAN HATI



Pantai dan laut
bagaikan sudah bersebati dengan diriku
menggamit dan memanggil aku
supaya segera hadir dan pulang
merialisasikan impian hati...,
impian yang sentiasa mekar di hati
impian yang sentiasa berbunga di kalbu ini
yang senantiasa di nanti-nanti
ketika ini dan di saat ini...,
di saat dan ketika aku sedang berperang...bertarung
dan berparang
dengan tekanan jiwa di hati
yang kini kembali menghantui
yang kini kembali menyakitkan hati
dan menampar ketenteraman diri
dan pantai hatiku ini...,
tekanan demi tekanan yang kurasai
semakin hari semakin melemaskan
semakin hari semakin merimaskan
hinggakan aku mula kelemasan
di daratan hati yang tiada bertepi.

Ohh...! Laut dan pantai dambaan hati.

ssz/spl/pm...21/4/2012.

No comments:

Post a Comment