Sunday 11 March 2012

tenang di tepi laut V



aku lagi senang sebegini
bersendirian menghimpun mimpi
agar kenal diri sendiri
menempuh hidup dengan cekal di hati

aku lagi senang sebegini
mencarik mimpi menjadi realiti
agar takdir menyebelahi
bersejadahkan pasir penuh di dahi

aku lagi senang sebegini
menafsir mimpi agar igaun menyepi
berselimut pasir bertilam bumi
menjadikan laut sebagai selempangku yang abadi

aku tenang berbumbungkan sepi

Pelaut Malang Minda Kepenatan

No comments:

Post a Comment