Sunday 11 March 2012

tenang di tepi laut II




aku senang sebegini
fajar mula menyinsing pagi
sang camar pula sibuk menyiapkan diri
sambil mengepakkan sayapnya seakan mahu menari

aku senang sebegini
bersama tembakau di hujung jari
aku meniti limbungan bertiti
mencari kolek yang aku tambak kelmarin di sini

aku senang sebegini
keluar di subuh sunyi
bergalaskan dayung di bahu kiri
keluar mencari sedikit rezeki untuk anak dan isteri

aku tenang...ketika insan lain masih berair liur basi

Pelaut Malang Mencari Rezeki

No comments:

Post a Comment