Saturday 24 March 2012

SEPI DI PUNCAK TINGGI




Di puncak ini aku berdiri
mengamati kekerdilan diri
yang selalu terlupa diriku sendiri
bahawa kesunyian sentiasa memerhati.


Di puncak ini aku sepi
tanpa teman sudi menemani
mengisi kekosongan hati
yang selalu sunyi
walaupun kejayaan telah aku miliki.


Aku sepi di puncak kejayaan ini.


ssz/spl/pm...24-3-2012.



No comments:

Post a Comment