Sunday 18 March 2012

SENJA KELMARIN





Senja...kau datang lagi
menggamit mimpi...berawangan di hati
mencari kedudukan diri
di celah awan yang menyelimuti.


Berpaksi...ya! Engkau yang berpaksi
di ufuk jingga engkau berpaksi
meneroka alam misteri
yang penuh berahi.


Sedangkan aku masih begini; di sini
masih tercegat di sini
hilang tidak ke mana...ghaib juga tidak ke mana 
dalam aku masih tercari-cari
identiti aku sendiri.


Di bawah kusamnya sinar mentari
pudarnya tidak berseri
aku masih
menumpang dagu seorang diri.


ss-z/spl/pm...18-mac-2012.







No comments:

Post a Comment