Wednesday 28 March 2012

PENA CINTA





Pena cintaku berbunga dakwatnya
berjambangan harum
sentiasa mengalunkan melodi terindah
dicacah dari minda berdakwatkan basah
seakan tidak akan mengering titisannya
dan akan terus menitis beraroma
dalam kebasahan berasah
tidak terlalu menyasar arah
untuk aku teruskan berkarya
akan cinta yang terindah
agar terus meresap
menyerap
dan menyentap
ke setiap arah
minda-minda yang dahagakan
coretan cinta yang indah dan berjiwa.


ssz/spl/pm...28/3/2012.



No comments:

Post a Comment