Thursday 22 March 2012

NOTA


Memahami Gaya Bahasa

~Hiperbola~

Kiasan-kiasan yang terdiri daripada ungkapan yang berlebihan.
cth:

i) nafasmu adalah udara deras dari gunung

ii) sungai mekong,
akan kubenam dadaku ke dasarmu.

CNM, 23/3/12, 6.13pmTHMK

______________________________________
Memahami Gaya Bahasa

~Homoioteleuton~

Perulangan bunyi dalam sesuatu baris.
cth:

Aku rindu mendendangkan lagu
Aku rindu menyanyikan lagu.

~Woordopname~

Perulangan perkataan di hujung baris digunakan untuk memulakan baris seterusnya.
cth:

Rindu adik kepada abang
abang jauh di rantau orang

CNM, 22/3/12, 9..27pmTHMK


____________________________
Memahami Gaya Bahasa 

~responsi~

Perulangan perkataan di tengah kalimat/ayat. Biasa ditemui dalam pantun.
cth:

Air yang dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati yang dendam bertambah dendam
Sakit dahulu belumlah sembuh.

Perulangan perkataan "bertambah" dan "belumlah".

CNM, 22/3/12, 9.04pm
THMK
 

___________________________________________
Memahami Gaya Bahasa

~Simplok~

Percantuman antara Anafora dan Epifora. Hal ini bermaksud perulangan perkataan pada awal baris dan akhir baris.
cth:

Dia tertarik pada bunga
Dia mendekati pokok bunga
Dia memetik sekuntum bunga.

CNM, 22/3/12, 8.51pm
THMK
 

____________________________________
Memahami Gaya Bahasa

~Epifora~

Perulangan perkataan pada akhir baris.
cth:

Airmata menitis lagi
basah pipiku lagi
sebak melanda lagi.

CNM, 22/3/12, 8.45pm
THMK
 

___________________________________
Memahami Gaya Bahasa

~Anafora~

Perulangan perkataan pada awal baris.

cth:

Cinta itu buta
Cinta itu tak mengenal siapa
Cinta anugerah yang Esa.

CNM, 22/3/12, 8.39pm
THMK
 

_________________________________
Memahami Gaya Bahasa


~Metafora~


Adalah bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Sesuatu objek atau abstraksi diberikan sifat objek lain dengan menganggap objek yang kedua itu mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama.

Cth:

Di laut kasihmu
tumbuh karang rinduku
menghiasi dasar hatimu
jadi taman asmara kita.

*metafora - karang rinduku, dasar hatimu

CNM, 22/3/12, 7.34pm
THMK

_____________________________________
Memahami Gaya Bahasa


~Personafikasi~


-Pemberian sifat manusia kepada objek atau abstraksi.

Cth:

Rumah itu telah TUA
Warna bajumu terlalu GARANG.

-Mengaitkan objek dengan menyebut anggota manusia;
cth:

Tangan malam
Kaki hari

-menyebut kata kerja yang umumnya dilakukan manusia;
cth:

Kedinginan memeluk seluruh kampung.
Kerindualah yang meminta aku ke sini.

CNM, 22/3/12, 8.14pm
THMK

____________________________________


DI DAN KE


*Di dan *ke
harus lebih berhati-hati penggunaannya
jangan terkeliru nanti bercelaru; akibatnya.

Harus diperhatikan
adakah ayat selepasnya
menunjukkan tempat atau sesuatu
ataupun hanyalah kata-kata perbuatan.

Bukan nak tipu!...saya pun terkena selalu
sering terkeliru di mana mahu saya letakkan *di dan ke...di situ.

Kalaulah tempat atau sesuatu
umpamanya hati, dada, jiwa
ataupun tempat seperti muara atau lautan
haruslah penggunaannya dijarakkan.
Contohnya:
di hati, di dada dan di jiwa...di muara dan di lautan
ke mana, ke timur dan ke barat.

Kalau perbuatan pula
seperti cintai, kasihi, sayangi
rinduan dan ributan contohnya
haruslah dirapatkan penggunaannya.
Contohnya:
dicintai, dikasihi dan disayangi...kerinduan dan keributan.

Berhati-hatilah dengan penggunaannya
dan marilah kita jaga tatabahasanya
seraya memartabatkan sastera negara.

Satu Rakyat, Satu Negara dan Satu Sastera; Satu Malaysia.

ss-z/spl/pm...21-mac-2012.

__________________________________________


SANG DAN SI


Sang dan Si
juga memainkan peranan utama
dalam setiap karya para karyawan
yang suka bermainkan mitos
sebagai bidalannya
dan terkadang menjadikannya
sebuah metofera
dalam setiap karya ciptaannya.

Sang dan Si
tidak boleh dirapatkan
kepada setiap nama
yang tercipta di dalam mitos imaginasi
dalam perlembagaan setiap karya.

Ianya haruslah dijarakkan
untuk menunjukkan peranan
akan nama yang diberi tersebut; contohnya:

Sang Pelaut, Sang Rajuna Tapa dan Sang Kelembai
Si Pencinta, Si Capek dan Si Penglipurlara.

Lihatlah akan keindahan metofera
di dalam mitosnya
yang mendindahkan setiap nama
di dalam sebuah bidalan yang menjadikan ianya
satu metofera yang mantap
di dalam setiap karya yang dicipta.

Jadi janganlah dirapatkannya
kalau di rapatkan Sang dan Si
akan jadilah ianya satu kesangsian; Sangsi
adakah anda kenal siapa itu Sangsi.

Salam dariku Sang Pengkarya kepada Sang Pengkarya lainnya
salam berkarya dan salam memartabatkan sastera negara.

ss-z/spl/pm...21-mac-2012.

___________________________________


KU, MU DAN NYA


*Ku, mu dan nya
tidak boleh berdiri bersendirian
kerana kalau ianya berdiri sendirian
pasti akan terjatuh dirinya.

Ianya harus dirapatkan
pada ayat terdahulu
atau terkemudian darinya
barulah ianya akan kukuh kekudanya
walau ditiup angin sehebat angin sangkakala
ia tetap akan terpasak di situ...tidak terusik.

Tetapi...!...ya! Tetapi
walau bagaimana pun
*ku dibenarkan berdiri sendirian juga
tapi dengan bersyarat; syaratnya
*ku dibenarkan bersendirian
pada awal bicara dan di rangkap pertama sahaja
dan pada rangkap lainnya
ianya tetap harus dirapatkan
ke ayat terdahulu atau terkemudian darinya.

Itulah syarat untuk penggunaan *ku, mu dan nya
dalam penulisan sesuatu karya
yang dibenarkan dalam perlembagaan sesebuah karya.

Selamat berkarya seraya memartabatkan sastera negara.

ss-z/spl/pm...21-mac-2012.

_________________________________________________________


MARTABATKAN SASTERA NEGARA

Kau fikir...kau tulis
kau ilhamkan...kau lakarkan
dalam sebuah kanvas berlayarkan maya
namun nilainya; tiada.

Kau mainkan...kata-kata
kau coretkan...kau layarkan
sungguh indah sentuhannya mewarnai laman maya
namun seninya; tiada juga.

Kenapa?...Kerana engkau tiada kesungguhannya
dalam menjaga
apa yang engkau hasilkan
hilang tajwidnya...hilang tatabahasanya
yang ada...hanyalah sebuah mainan kata-kata
yang ada...hanyalah mainan emosi berbicara
yang ada...hanya dipandang sepi para pembacanya.

Kenapa?
Ya!...Kenapa?

Sebabnya!
Mana tajuknya?...Sebagai pembuka bicara
kerana tanpa tajuknya...hasilmu umpama pengemis
yang meminta ehsan para pembaca.
Datangnya; menggerunkan
anggota badannya ada
tapi kepalanya tiada
untuk menjadi cagaran akan maksud bidalannya
sungguh menggerunkan; betul?
Pembaca gerun untuk menafsirkan maksud bicaranya.

Mana tandatangannya?...Sebagai penutup bicara
kerana tanpa tandatangannya...hasilmu umpama pemandu lori sampah
tidak mampu ke mana-mana; sebabnya!
Mana kakinya untuk menekan 'pedal minyak'?
Mana kakinya untuk menekan 'pedal break'?
Walaupun 'bergearkan' otomatik
tapi masih perlukan kaki untuk menggerakkannya
perlukan kaki untuk memberikan 'noda berangkara'
kalau tidak akan membusuklah sampah memenuhi perut lori
tanpa digerakkan ke tempat pembuangan sampah.

Percayakah?...Apa yang aku katakan ini!
Kalau tak percaya...ya! Tidak apa-apa!
Tepuklah dada tanyalah selera...bersedawakah ianya.

Sekian...terima kasih dariku
sekadar berbicara bermakna...bicara bernasihat sahaja
untuk melihat hasil karya yang bermutu tinggi; nilainya
seraya memartabatkan sastera untuk negara
demi negara...yang aku cinta.

ss-z/spl/pm...21-mac-2012.

_________________________________________________________________


KARYA YANG DISIA-SIAKAN

Sayang seribu kali sayang
di Malaysia ini
di Negara kita ini
ramai yang memiliki bakat yang terpendam
dan terendam
yang dipersia-siakan bakatnya
dalam bidang penulisan
puisi, pantun, sajak dan gurindam
tapi semuanya disia-siakan
umpama 'melukut di tepian gantang'
dan 'melepaskan batuk di tepian tangga'.

Kerana...setiap karya yang tercipta
setiap karya yang dihasilkan
setiap karya yang dinukilkan
umpama mengalirkan air di muara sungai
yang akhirnya akan hilang di hilirnya
dan lesap ditelan lautan
yang luasnya tiada berpenghujung.

Sia-sia...sungguh!...Sia-sia
sepatutnya...sepatut-patutnya
kita patut menghargai karya milik kita
milik kita sendiri...bukannya milik sesiapa
bukannya milik orang lain
tapi milik kita sendiri
dengan menjaga tatabahasanya
dan mutu penulisannya.

Setiap karya haruslah mempunyai tajuk
sebagai pengenalan karya tersebut
dan setiap karya...haruslah!
Haruslah mempunyai tandatangan di bawahnya
sebagai milik mutlak kita
kerana ianya adalah hasil...dari perihnya!
Perihnya memerah otak...otak kita sendiri; berbicara
dan meluahkan apa yang ingin dibicarakan.

Fikirkanlah...fikirkanlah
wahai para pengkarya yang berkarya
usah dipersia-siakan bakat yang ada.

Bersatulah...bersatulah kita
dalam memartabatkan seni sastera...negara kita yang tercinta.

ss-z/spl/pm...20-mac-2012.

___________________________________________________________

No comments:

Post a Comment