Saturday 31 March 2012

MULUT RADIO STEREOTYPE




Tukarlah siaran radiomu itu
janganlah asik diulang mainkan
lagu dari stesen radio yang sama
nada dan iramanya sudah mula stereotype
membuat aku rasa mual; meloyakan
hingga aku rasa lemas...bertambahlah rimas.


Corong telingaku sudah mula berkulat
dahulunya amat berkilat...kini amat berkarat
halwanya yang dulu memikat...kini membuatku meluat
nafas rinduku pula semakin tersekat-sekat
akan lagu keroncong cemburumu
seumpama mulut radio yang disagat penyengat.


Cukuplah...tak tahan dah aku
dalam masa seminggu...delapan hari
kau mainkan lagu dari mulut stesen radio yang sama.


ssz/spl/pm...31/3/2012.



No comments:

Post a Comment