Wednesday 21 March 2012

KU, MU DAN NYA



*Ku, mu dan nya
tidak boleh berdiri bersendirian
kerana kalau ianya berdiri sendirian
pasti akan terjatuh dirinya.


Ianya harus dirapatkan
pada ayat terdahulu
atau terkemudian darinya
barulah ianya akan kukuh kekudanya
walau ditiup angin sehebat angin sangkakala
ia tetap akan terpasak di situ...tidak terusik.


Tetapi...!...ya! Tetapi
walau bagaimana pun
*ku dibenarkan berdiri sendirian juga
tapi dengan bersyarat; syaratnya
*ku dibenarkan bersendirian
pada awal bicara dan di rangkap pertama sahaja
dan pada rangkap lainnya
ianya tetap harus dirapatkan
ke ayat terdahulu atau terkemudian darinya.


Itulah syarat untuk penggunaan *ku, mu dan nya
dalam penulisan sesuatu karya
yang dibenarkan dalam perlembagaan sesebuah karya.


Selamat berkarya seraya memartabatkan sastera negara.


ss-z/spl/pm...21-mac-2012.



No comments:

Post a Comment