Thursday 15 March 2012

DARI KACAMATA GLAMOR


Lama rasanya tidak menulis cerpen dan hari ini ada mood pula untuk melakarkan cerpen selepas cerpen pertama saya dahulu Kisah Realiti Cinta berFB~CINTA ZAKIAH.
Sinopsis:
Kisah ini berkisarkan tentang kehidupan sehari-harian kita di mana kita sering mendambakan yang Fentasi menjadi Rialiti dan kitalah hero di dalam kisah-kisah mimpi kita sendiri dan sering tertipu dengan Ilusi yang mengaburi minda kita sendiri.

Kisah ini bermula begini.

DARI KACAMATA GLAMOR.



Hari ini hari pertama aku bekerja di tempat baru di kota besar Kuala Lumpur. Dan untuk menunjukkan kualiti dan tanggapan yang bagus pada hari pertama bekerja kepada bos yang bermurah hati menerima aku berkerja di syarikatnya, seawal jam 5.30 pagi aku dah terpacak di Stesen Komuter Seremban untuk menaiki train yang pertama menuju ke Kuala Lumpur.
Keadaan sekeliling ketika itu amat sunyi dan sesekali terasa sapaan bayu dingin menggigit kulitku. Hening tanpa sesiapa pun ketika itu dan hanyalah aku seorang berada dan menunggu di situ.

Apabila pintu gerabak di buka aku cepat-cepat masuk ke dalamnya untuk memilih tempat duduk yang sesuai untuk aku melabuhkan punggungku dan dalam masa yang sama untuk aku melelapkan mata tanpa ada sesiapa pun yang perasan bahawa aku sedang nyenyak tidur almaklumlah perjalanan dari Seremban menuju Kuala Lumpur mengambil masa juga untuk sampai jadi dapatlah aku merehatkan mata walaupun sebentar. Dan untuk lebih menyenangkan aku lelap tanpa sesiapa melihatnya aku memakai kacamata hitamku untuk 'cover kecurangan'ku ketika itu.

Entah berapa lama aku dapat lelapkan mata ketika itu, aku mula terdengar keriuhan suara-suara yang mula memenuhi gerabak perjalanan yang pertama itu tapi aku masih dapat rasakan yang gerabak belum lagi memulakan perjalanan. Aku pun secara perlahan-lahan membuka mataku untuk melihat suasana riuh penumpang memasuki gerabak. Tapi alangkah terkejutnya aku ketika mataku, kubuka dan aku seperti tidak percaya apa yang aku lihat ketika itu.

Gerabak yang aku naiki bukan sebarang gerabak. Gerabak yang cukup istimewa di mana penumpang-penumpangnya terdiri dari kalangan artis-artis yang amat terkenal lagi ternama. Ada juga model-model terkemuka tanah air di situ seperti ish tak payahlah aku sebut takut nanti aku kena saman pula inikan cerpen sahaja cuma aku beri singkatan namanya sahajalah ya. L.T, N.A dan ramai lagilah yang tak perlu aku sebutkan nama mereka satu persatu kerana kisahku ini tertumpu kepada L.T dan N.A.

L.T dan N.A duduk berhadapan dengan kerusi tempat dudukku ketika itu dan sempat jugalah aku mendengar mereka berbicara dengan nada cabar mencabar di antara mereka berdua. Nak tahu apa cabaran antara mereka berdua?!

"aku cabar kau N.A, kalau kau berani pergilah usik budak yang pakai kacamata hitam tu...tengok sama ada dia tidur ataupun jaga" kata L.T kepada N.A seraya mencabar bunyinya...

"ah!...malaslah aku L.T, apa yang aku dapat kalau aku buat begitu...mengabihkan 'boreh yo' adalah" balas N.A

Amboi mentang-mentanglah kita ni kat Stesen Seremban lagi, dia cakap seleng negeri pulak ya...gerutu aku di dalam hatiku.

"kau cubalah...aku percaya dia tengah tidur tu...sebab tulah dia pakai kacamata hitam nak cover line je tu..." balas L.T semula...

"ok aku cuba kalau dia terjaga macam mana ya...malulah aku nanti!...aku kan model...tak malu ke kalau dia kata model pun tak tahu jaga tingkah lakunya?" N.A bersuara semula...

"cubalah dahulu, belum cuba belum tahu...kalau kau cuba dan dia masih tidur...kau belanja aku dan kalau dia terjaga dan merungut-rungut kita mengganggu aku belanja kau...ok!" L.T memberi cadangannya...

N.A dengan secara perlahan-lahan merapatkan dirinya kepadaku dan melambaikan tangannya di hadapan kacamata hitamku untuk melihat respond dariku...aku yang dah mendengar apa yang mereka rancangkan hanya mematikan diriku seolah-olah aku masih sedang dalam keadaan tertidur.

"betullah cakap kau...dia tengah tidurlah...nyenyaknya dia tidur sampai aku buat begitupun dia tak sedarkan diri...kesian...anak siapalah ni ya..." ejekan N.A diikuti gelak tawa dari L.T...

"tulah...aku dah cakap kat kau tapi kau tak percaya...so secara otomatik kau kena belanja aku hek..." kata L.T kononnya dia yang menang cabaran tersebut.

Tanpa mereka berdua sangka aku memegang tangan N.A dan menyapa mereka berdua...

"siapa kata saya tengah tidur...saya buat-buat tidur saja...nak tengok gelagat kamu berdua..." kataku...membuat mereka berdua tersentak terkejut terutamanya N.A yang tak menyangka tangannya digenggaman tanganku..."awak berdua ni nakal ya..." sambungku lagi..."suka mengganggu orang tengah tidur...tak ada kerja lagi ke?...tak padan dengan taraf awak berdua...'model' terkemuka pula tu..." sindir aku lagi...

"HALLO!...awak ingat kami ni siapa ha?...lepaskan tangan saya ni..." herdik N.A seraya merentap tangannya dari genggaman tanganku...

Aku pun segera melepaskan tangannya kerana tidak mahu dianggap yang tak elok di pandangan mata mereka dan juga semua yang ada di dalam gerabak itu...apatah lagi nanti dianggap gangguan seksual pula...tak sanggup aku...merekakan model dan artis terkemuka...saman menyaman dah makanan ruji mereka...

"maafkan saya..." kataku sambil menyusun sepuluh jari..."lagi pula awak berdua yang mengganggu saya...jangan kata saya yang mulakan ya..." balasku lagi...

Mungkin rasa tak puas hati akan kata-kataku dan apa yang aku lakukan tadi N.A cuba menampar mukaku...mentang-mentanglah orang terkenal...boleh melakukan apa yang dia rasakan dan dia suka terhadap aku...seorang yang biasa...

Aku tidak berdiam diri dan aku menepis tangannya dan cuba mempertahankan diriku dari tamparan tangannya...dan ketika itulah dalam keadaan tegang kacamata hitamku terlucut dari mukaku...secara otomatik keadaan yang kecoh tadi hilang dari pandangan mataku...yang ada hanyalah mata-mata pelik memandang tepat ke mukaku...mata-mata kehairanan dan ada juga mata yang kulihat tersenyum-senyum sinis memandangku...

Aku hanya mampu menundukkan mukaku ketika itu kerana baru aku tersedar yang aku hanya bermimpi akan apa yang terjadi...malunya aku...lantas mengambil semula kacamata hitamku yang terjatuh tadi dan bangkit menuju pintu keluar dari gerabak tersebut sambil aku berkata-kata di dalam hatiku sendiri...

"Kacamata kacamata...kaulah yang membuat angkara...malunya aku tidak terkira pada hari pertama aku mahu memulakan kerjaku"

"begitulah bos...ceritanya...kenapa saya lewat masuk kerja hari pertama ini...kena tukar gerabak kerana malu hingga terlewat sampai ke tempat kerja" kataku kepada bos baruku sambil tersenyum sipu...

Bos aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya...

Kih kih kih...gelakku sendiri...

TAMAT...

ss-z/spl/pm...15-mac-2012. 

No comments:

Post a Comment