Friday 23 March 2012

andai ini dinamakan cinta



adakah ini dinamakan cinta
andai jiwa meronta, hati menaruh derita
terpaku di minda indahnya di mata
menyelinap di kalbuku menjarah di jiwa

adakah ini dinamakan cinta
andai setiap waktu rindu menjelma hiba
mencarik hati menjerut rasa sentiasa
menanti bayanganmu yang masih belum menyapa tiba

adakah ini dinamakan cinta
andai mengharapkan rembulan jatuh ke riba
merindukan bintang berkerdipan di atas langit sana
bersinar indah di malam bulan bergerhana

andai itu dinamakan cinta, relalah aku menjadi hambanya

spl...

No comments:

Post a Comment