Monday 19 March 2012

AKU CINTA PADAMU


Buntu fikiranku buntu...kian dan semakin bercelaru
dalam memikirkan sesuatu
tentang ayat-ayat rindu
yang mampu
dan perlu
aku luahkan buatmu.

Tetapi semuanya seakan tidak mahu bertamu
merajuk...tidak bergubahan di jiwaku
menguncup...tidak mekar di perasaanku
dan layu...tidak bersemi di hatiku.

Hanya satu yang aku tahu, kekasihku;

AKU CINTA PADAMU...itu yang aku tahu.

ss-z/spl/pm...19-mac-2012.


No comments:

Post a Comment