Tuesday 21 February 2012

SEANDAINYA AKU TAHU


Seandainya aku tahu
sebegini seksanya percintaan

tidak akan aku mulakan
langkah percintaanku.

Seandainya aku tahu
sebegini azabnya menanggung rindu
tak akan aku mulakan

bait-bait kasih dan sayangku.

Tetapi!
Sayang!!

Aku tidak mampu membohongi diriku
aku tidak mampu menepis perasaanku.

Sayangku!

Cintaku terhadapmu,
suatu kepastian yang aku tahu.

Kasih sayangku padamu,
suatu kenikmatan yang pastinya buatku.

Kerinduanku kepadamu,
suatu kemestian yang aku perlu.

Dan kini!

Apa yang mampu aku lakukan!
Hanyalah menahan seksa

yang menjamah tangkai hatiku ini.

Apa yang mampu aku harapkan!
Hanyalah menanti keajaiban

dan magis,
dalam kerinduan aku ini.

Kerana sayang!

Menyintaimu,

adalah sesuatu keindahan,
yang tidak akan pernah aku kesali.

Dan lafasku,

bahawa aku amat menyintaimu
bukan mainan kata
yang terbit dari mulut baculku
tapi datangnya

dari lubuk hatiku
yang amat suci lagi murni.

Selamanya sayang,

aku tetap menyintai dirimu.

ss-z/spl/pr..27-dec-2011.



No comments:

Post a Comment