Tuesday 14 February 2012

SAMBAL TUMIS CINTA



Ahh!
Alangkah sedapnya sambal itu
garing gorengannya
dan cukup segala perencah tersedia
bersebati hingga terbayang di kalbuku
akan cara masakannya.


Sambalnya ditumis dahulu lada gilingnya
segaring-garing tumisannya 
segaring mana yang kita suka
cuma jangan sampai hangus
hitam jadinya.


Bawangnya dikupas bersih
dihiris secara bulatan
lapisan demi lapisan
dan dimasukkan
ke dalam tumisan berlada 
yang garing telah tersedia di dalam kuali tempatnya.


Dilempar segenggam bilis
dan ditumis sehingga bersebati
dimasukkan pula
sedikit perisa, garam dan gulamelaka
agar likatnya cukup terasa
bila makan cukup enak rasanya
bercampur segala bahan-bahan
tersebati di dalamnya.


Dan yang paling penting
janganlah pula kita terlupa
agar keenakkannya
kekal beraroma
sentiasa segar di minda berjiwa
ramuan utamanya perlu ada
iaitu keikhlasan
dalam mengadunkan segala bahan dan perisa
seikhlas cinta, yang kita bina bersama
sentiasa bergelora
akan bahang asmara cinta
keikhlasan dalam menjalin dan mempertahankan
sebuah bahtera cinta
abadi, kekal selama-lamanya
cinta di restui oleh semua
yang mengetahui dan memerhatikannya.


Itulah nikmatnya!
Sambal tumis cinta kita
kekal berbunga di jiwa, sentiasa beraroma.


ss-z/spl/pr..13-feb-2012.





No comments:

Post a Comment