Wednesday 15 February 2012

RACUN CINTA YANG KAU HIDANGKAN


Telahku cuba sayang
dan
telahku berusaha
untuk mempertahankan 
sebuah ikatan,
ikatan yang berpautan,
pautan
cinta kita berdua.

Namun!
Sekuat mana,
usahaku!
Sejujur mana,
cintaku!
Tidak pernah engkau
mahu menghargainya.

Malahan!
Kau tuangkan racun pula,
racun yang paling berbisa
ke dalam cangkir
yang berisi madu,
madu cinta asmara kita
yang kita isikan bersama
dengan kasih sayang
di malam
semusim purnama berseri wajahnya.

Engkau hidangkan aku racun itu
untuk santapan rindu,
rindu di hatiku
tatkala cinta kita
semakin beradu
di dalam
kegelapan yang semakin memilu.

Oleh itu!
Biarlah aku berlalu,
berlalu
bersama hatiku yang nazak
akan racun kau hidangkan itu
yang sudah mula memuncak
dan mula merebak,
merebak masuk
ke pangkal jantung hatiku.

Hatiku yang kian membengkak
membiru
dan semakin layu.

Selamat tinggal kekasih yang aku rindu.

ss-z/spl/pr..15-feb-2012.


No comments:

Post a Comment