Saturday 18 February 2012

MUDAH DIPERMUDAHKAN



Aku punya teman
sentiasa memudah dan menyenangkan aku
aku punya kerjaya
sentiasa mudah dan dipermudahkan tugasku
aku punya keluarga
sentiasa sayang dan menyayangi diriku
aku punya kekasih
sentiasa memudahkan dan melorong hatiku
segalanya memudahkan aku
segalanya menyenangkan aku
aku kasih dan sayang mereka
aku bahagia hadirnya mereka semua
mereka kurniaan istimewa bagiku
aku hargai dan aku bersyukur
kerna mereka hadir selalu
sentiasa memudahkanku
dan menyenangi hatiku
aku sujud pada-Mu
aku kasih pada-Mu
amin.

~ICT~menyintai kurniaanMu...Espie..

No comments:

Post a Comment