Wednesday 15 February 2012

~ MELAMAR RINDU ~



hati kian lelah dirisik sepi
hijab rindu itu telah lama sirna bersama bayu
menerawang di awanan
mencari tautan pada cemar pipisan lalu
masih adakah gawang pintu yang bakal terbuka
untuk menggamit rindu yang bertebaran..?

jitu kepercayaan pada utuhnya tautan cinta
telah lama menitik noktah
cabang rasa kasih jua makin kebas pada deraan jiwa
inginku kalih semua rasa-rasa semu yang bermaharaja
akan aku alirkan ke hujung tanjung harap
biar memudar dan ditelan rembang petang

bertandanglah semula rindu
bantulah aku menepis sebu rasa yang menjerut kalbu
aku izin risikmu bertamu
biar sekujur lelahku berundur lalu

tapi
siapakah yang sudi menghantar kuntuman rindu
bagi melamar ruang kasihku

♥ manja ♥
21:58pm
14~02~2012

No comments:

Post a Comment