Monday 20 February 2012

MAAFKAN AKU SAYANG


Adakah aku 
terbelenggu pada cinta satu hati
adakah aku 
masih bermimpi
menahan rindu
tersimpul rapi di hati ini

Bangunkan aku
dari dibuai mimpi
sedarkan aku dari terus jadi begini
aku tak mampu bernafas
untuk sekali ini

Oh Tuhan
tolonglah aku
jagalah dia untukku
walaupun ada cinta untuknya
namun hati berbelah bagi
kerna Kau dulu telahku miliki
bertakta di hati ini

Maafkan aku ...sayang
kerna menyintaimu  ♥

Amirah Amir
20-02-2012
4.41pm




2 comments:

  1. hati adalah pemberianNya
    segala perasaan yg hadir juga
    adalah dariNya
    tak perlu membebani jiwa
    terimalah

    ada keindahan
    dan pengisian kekosongan
    didalam kehadirannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni komen balas dari pengkaryanya..

      Amirah Amir:

      hati ini pernah terluka
      diguris dicalar dihempas dikata
      akanku jaga hati ini
      di dalamnya ada Cinta
      semerah hatiku
      semerah itulah cintaku
      padaNya

      Delete