Thursday 23 February 2012

~LAYARAN KECUNDANG~


Jauh sudah pelayaranku
merentas lautan

yang luas terbentang
tujuh benua dan tujuh lautan
kutub utara juga kutub selatan
tiada kugentar

pelayaranku tetap diteruskan.

Biarlah bergelora lautan; 
mendatang

badai dan taufan; tetap kutatang
berbekalkan semangat kecintaan
kuteruskan juga pelayaran
maju ke hadapan. 

Kini layaranku;
 kecundangan

angin yang kuharap 
bayu mendatang
layar kukuncup

tiada berkembang
di laut mati aku bergelandangan.

Tinggallah kesepian

aku keseorangan.

ss-z/spl/pr..23-feb2012.



No comments:

Post a Comment